awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
28/03/2015
10:07 MYT
Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang
Sekitar 500 peserta perhimpunan KitaLawan yang tiba di hentian akhir mereka iaitu di KLCC pada jam 6 petang berdepan dengan halangan polis di Jalan Ampang di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sekitar 500 peserta perhimpunan KitaLawan yang tiba di hentian akhir mereka iaitu di KLCC pada jam 6 petang berdepan dengan halangan polis di Jalan Ampang di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging.
Dua jam sebelumnya iaitu sekitar jam 4 petang, sekitar 50 orang berkumpul di sekitar Masjid Jamek sebelum mereka mula bergerak untuk bergabung dengan lebih ramai peserta perhimpunan di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja.
Sambil melaungkan teriakan 'Reformasi', 'Hapus GST', 'Bebas Tahanan' dan 'Undur Najib', mereka meneruskan perjalanan dengan menguasai laluan kenderaan di Jalan Raja Laut untuk ke Kompleks Sogo.
Antara perkara yang menarik perhatian adalah ada dalam kalangan peserta perhimpunan yang siap dalam persalinan baju Melayu dan membawa bunga manggar. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' yang diubah kepada lirik parodi.
Sementara itu, antara pemimpin yang hadir memberi sokongan pada perhimpunan dan melaungkan kata-kata semangat di dataran Kompleks Sogo ialah Ketua Bersih 2.0, Maria Chin; Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin dan Ketua Jingga 13 Fariz Musa.
Turut kelihatan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; aktivis Mandeep Singh dan Sasterawan Negara A. Samad Said.
"Kita berhimpun kerana kita berhak sebagai rakyat Malaysia. Saya beri amaran kepada KPN supaya jangan halang rakyat yang ingin berhimpun," kata Afif.
Antara ulangan isu yang dibangkitkan dalam episod perhimpunan kali ini adalah mengenai GST, 1MDB, hutang negara, ketidakadilan dan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat.
Peserta perhimpunan KitaLawan akur dengan arahan daripada pihak polis untuk tidak meneruskan perarakan di perkarangan KLCC.
Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan untuk menjalankan aktiviti protes mereka di Jalan Ampang iaitu di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging selama 45 minit.
Kira-kira 50 peserta perhimpunan #KitaLawan mula berkumpul di sekitar kawasan Masjid Jamek waktu ini. @501Awani pic.twitter.com/WanIxm8v9Q
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
Bilangan peserta #KitaLawan bertambah dan kini berarak ke kompleks Sogo sambil melaung 'Reformasi'. @501Awani pic.twitter.com/QvFaxAzfcL
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
Bilangan peserta #KitaLawan berganda di simpang Jalan Raja dan Jalan Parlimen. 'Bebas Anwar' dilaungkan. @501Awani pic.twitter.com/3mQV8tmngZ
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
300 peserta #KitaLawan berarak menuju ke Sogo sambil menyanyikan parodi lagu 'Selamat Pengantin Baru'. @501Awani pic.twitter.com/n6qA2OSykb
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
Peserta #KitaLawan sudah berkumpul di Kompleks Sogo. Beberapa pemimpin PR mula beri ucapan bersemangat. @501Awani pic.twitter.com/jWJwRbsTHa
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
Peserta #KitaLawan bersorak dan berhimpun sebentar di Balai Polis Dang Wangi sebelum bergerak ke KLCC. @501Awani pic.twitter.com/W7DdRqFQxx
— A.H. Hamzah (@hamzahhamid) March 28, 2015
Topic Berkaitan
##KitaLawan
#Kuala Lumpur
#perhimpunan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan