awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei meninggal dunia selepas pengsan

Bernama
Bernama
18/12/2019
06:13 MYT
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei meninggal dunia selepas pengsan
Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary. - Gambar fail/BERNAMA
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi ini selepas pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Ismail berusia 51 tahun.
Abang Allahyarham, Abu Yamin Salam berkata allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.33 pagi selepas pengsan di kediamannya kira-kira 6.30 pagi.
“Jenazah pada masa ini berada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan,” katanya kepada Bernama.
Jenazah dijangka dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan.
Ismail, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.
Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Yamin Salam
#Ismail Salam
#jenazah
#Kementerian Luar
#meninggal dunia
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan