MALAYSIA
Petaling, Gombak kembali jadi zon merah

Daerah zon merah kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding lapan kawasan semalam.
Daerah zon merah kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding 8 kawasan semalam.
Ia berikutan dua daerah menyaksikan pertambahan kes aktif iaitu di Petaling sebanyak 43 kes dan Gombak (77 kes).
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, lapan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Kepong dengan 84 kes aktif, Hulu Langat (49), Lembah Pantai (263), Titiwangsa (82), Johor Bahru (46), Kluang (70), Kuching (137) dan Kota Samarahan (47).
Sementara, 58 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 89 daerah zon hijau.
Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak pula kekal negeri zon hijau manakala Pulau Pinang hanya mencatat dua kes aktif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami