Kerajaan negeri Sarawak memutuskan sektor agrikultur dibenarkan untuk menjual hasil mereka di tempat yang dipersertujui oleh Majlis Kerajaan Tempatan dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kata Abang Johari, keputusan itu juga selaras dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan bekalan makanan di Sarawak terutama di luar bandar mencukupi.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, keputusan dicapai semasa mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Sarawak yang dipengerusikan Abang Johari pada Khamis.

"Keputusan dicapai bagi memastikan bekalan makan tidak putus kepada warga Bumi Kenyalang.

"Oleh itu, para petani, penternak dan nelayan dibenarkan untuk menjual hasilan mereka di tempat yang telah dipersetujui oleh Majlis Kerajaan Tempatan dari jam 7 pagi hingga 7 petang," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Sarawak mencatat empat lagi kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada jumlah 95 sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Kesemua kes terbaharu itu dirawat di Hospital Umum Sarawak (3) manakala Hospityal Sibu (1).

Antara lain, 48 kes baharu Person Under Investigation (PUI) juga dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 956 kes.

Daripada jumlah itu 812 kes dilaporkan sebagai negative manakala 49 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.