awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani tetap terima bantuan, subsidi - Salahuddin

Bernama
Bernama
20/11/2018
01:32 MYT
Petani tetap terima bantuan, subsidi - Salahuddin
SALAHUDDIN: Jumlah peruntukan kementerian itu sebelum ini berbeza setiap tahun dan tidak timbul persoalan bahawa kerajaan mengetepikan nasib golongan petani. - Gambar fail
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub memberi jaminan golongan petani akan tetap menerima bantuan dan subsidi meskipun peruntukan kementeriannya agak terhad.
Beliau berkata dengan strategi yang akan dilaksanakan kementeriannya, peruntukan itu akan sampai kepada setiap golongan sasaran.
Malah, katanya, langkah pemutihan yang sedang dijalankan membolehkan hanya mereka yang benar-benar layak menerima peruntukan itu.
"Sekiranya kerja pemutihan tidak dilaksanakan, ketirisan akan tetap berlaku," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Katanya, proses pemutihan itu dibuat antaranya terhadap golongan petani yang tidak lagi mengusahakan sawah selain tanah-tanah mereka dibangunkan sebagai projek perumahan.
Salahuddin turut menegaskan jumlah peruntukan kementerian itu sebelum ini berbeza setiap tahun dan tidak timbul persoalan bahawa kerajaan mengetepikan nasib golongan petani.
"Ada masa bajet itu tinggi, ada masa bajet itu direndahkan sebab faktor-faktor ekonomi...sebagaimenteri pada hari ini saya akan pastikan subsidi itu dapat disampaikan," katanya.
Sidang dewan bersambung pada Rabu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#Belanjawan 2019
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#petani
#Salahuddin Ayub
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan