Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) akan memperuntukkan perbelanjaan AS$12 bilion (kira-kira RM49 bilion) bagi tempoh 18 tahun yang akan memberi fokus kepada projek produk khusus kimia.
Menurut Ketua Komersial PCG Shamsairi Mohd Ibrahim ketika ini pihaknya telah menyenaraikan 20 projek berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kerteh, Terengganu atau di luar negara.
“Ketika ini pun banyak syarikat yang mengetuk pintu kami. Baru-baru ini kami ada membuat pengumuman mengenai Syarikat Da Vinci yang telah bekerjasama dengan kami dan akan ada lagi namun masih dalam proses rundingan dan perbincangan yang berterusan.
“Kita sasarkan syarikat luar negara bagi membolehkan kebaikan dicapai bersama,” katanya ketika ditemui media dalam lawatan ke tapak projek Petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), di Pengerang, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Shamsairi menyatakan ketika ini PCG mempunyai 2 peratus produk berasaskan komoditi dan menyasarkan sebanyak 25 peratus peningkatan produk portfolio berdasarkan kepelbagaian produk dan produk khusus menjelang 2037.
“Kompleks ini kita ada loji penapisan minyak, perekah wap (steam cracker) dan petrokimia, kita nak pergi jauh lagi ke bawah untuk hasilkan bahan untuk produk seperti minyak wangi, vitamins, makanan haiwan dan sebagainya, ini yang dipanggil produk khusus kimia.
Ketika ini, PCG menjalankan perniagaan pembuatan, pemasaran dan penjualan pelbagai jenis produk kimia seperti polimer, metanol dan produk derivatif yang lain.
Afiezy Azaman
Fri Jul 26 2019
Ketua Komersial PCG Shamsairi Mohd Ibrahim ketika ini pihaknya telah menyenaraikan 20 projek berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang. - Astro AWANI/Afiezy Azaman
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
PETCHEM sasar AS$12 bilion pelaburan produk khusus kimia sehingga 2037
Pihaknya telah menyenaraikan 20 projek berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kerteh, Terengganu atau di luar negara.