awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen calonkan Tun Mahathir terima Hadiah Nobel Keamanan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
27/05/2018
14:00 MYT
Petisyen calonkan Tun Mahathir terima Hadiah Nobel Keamanan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini. -Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi tumpuan petisyen apabila petisyen dalam talian melobi Tun Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.
Menerusi petisyen dalam talian Change.org yang membandingkan Tun Mahathir dengan pejuang revolusi anti-apartheid oleh tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela telah dilancarkan semalam dan sejak itu petisyen tersebut telah menerima lebih 50,000 tandatangan sehingga kini.
Menurut pengasas petisyen itu, Alexandria Abishegam, petisyen yang ditujukan kepada Yayasan Nobel ini mahu Tun Mahathir dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan sebagai satu pengiktirafan terhadap semangat beliau yang kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun.
Beliau turut mengetepikan prasangka politiknya untuk bekerjasama dengan bekas pengkritiknya demi menyelamatkan negara.
“Tun Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan yang lampau membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar dicontohi,” katanya dalam petisyen tersebut.
Petisyen tersebut boleh ditandatangani dalam talian menerusi laman web Change.org.
Terdahulu, satu petisyen tular di media sosial yang meminta supaya Tun Dr Mahathir meneruskan hasrat sebagai Menteri Pendidikan.
Namun, Tun Mahathir sebelum ini menegaskan beliau tidak akan melanggar Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang dua portfolio di dalam Kabinet.
Topic Berkaitan
#Hadiah Nobel Keamanan
#Menteri Pendidikan
#Nelson Mandela
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Yayasan Nobel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan