awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas nafi akan lepaskan gas dan bahan toksik

Bernama
Bernama
27/03/2016
04:02 MYT
Petronas nafi akan lepaskan gas dan bahan toksik
Petronas tidak pernah mengeluarkan mesej berkenaan yang turut meminta orang ramai supaya tidak keluar rumah. - Gambar fail
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan dakwaan akan melepaskan gas dan bahan toksik akibat kerja-kerja 'plant shutdown', yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur Zamri Mohamad berkata pihaknya meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej tersebut yang hanya akan menimbulkan kebimbangan bagi penduduk yang tinggal di kawasan Paka dan Kerteh.
"Mesej yang menjadi viral tersebut adalah tidak benar dan kami tak pernah mengeluarkan mesej berkenaan yang turut meminta orang ramai supaya tidak keluar rumah akibat pelepasan gas tersebut.
"Kami tidak membuat pelepasan gas seperti yang didakwa dalam mesej tersebut dan saya harap orang ramai segera menghentikan viral tersebut sebab ia akan menimbulkan ketakutan dan kerisauan bagi penduduk di sekitar Petronas beroperasi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Zamri berkata Petronas sentiasa komited dan mengutamakan aspek keselamatan penduduk dan pekerjanya dari segala aspek.
Topic Berkaitan
#bahan toksik Petronas
#berita terkini Petronas
#khabar angin Petronas
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan