Kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada hari Khamis lepas. (27 Jun)
TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu petugas itu merupakan kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, yang mana kumpulan pertama petugas seramai 13 orang telah tiba pada 23 Jun lepas.
"Mereka merupakan sebahagian dari 640 orang petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingkat bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.
"Para petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini telah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Makkah dan Madinah pada hari Jumaat, 28 Jun," menurut kenyataan itu.
Suasana di Mekah dan Madinah masih lengang kerana jemaah haji dari seluruh dunia hanya akan mula memasuki Makkah dan Madinah secara berperingkat bermula 1 Zulkaedah atau 4 Julai ini.
Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia merupakan salah satu cabaran bagi 30,200 Jemaah Haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji, menurut kenyataan itu lagi.
TH menyediakan sebanyak 62 penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji sehingga 4 Ogos 2019. Hari wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019
Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia merupakan salah satu cabaran bagi 30,200 Jemaah Haji Malaysia. - Gambar fail
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
Jemaah haji diingatkan jaga nama baik negara, jangan langgar undang-undang
Perbuatan yang menyalahi undang-undang itu termasuk menyalah guna visa umrah atau pelancongan.
Haji: Rendah diri, sembunyi pangkat dan kedudukan pupuk keakraban rakan sebilik
"Rakan sebilik akan saling membantu kalau ada perkara yang kita tak tahu. Pada saya, bersikap rendah diri akan membolehkan kita lebih akrab."
Kenaikan kos haji diharap seiring kualiti perkhidmatan untuk jemaah
Kos haji meningkat ketara berbanding tahun sebelum ini disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti inflasi dan percukaian.
Jemaah Malaysia lebih bersedia, selesa lakukan umrah dan tertib
Rata-rata jemaah hanya menyuarakan kebimbangan tentang masalah kecil sahaja, yang tidak akan membatalkan ibadah itu.
Haji: Jemaah Malaysia akan mula tiba di Mekah esok
Kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas bakal tiba, sebelum dibawa ke bangunan Abraj Al-Janadriyyah.
295 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Lembaga Tabung Haji bersyukur atas ketibaan itu, dan ia memecah kerinduan pada senario musim haji selepas dua tahun tertangguh.
Kumpulan kedua petugas haji TH berlepas ke Tanah Suci hari ini
Kumpulan tersebut terdiri daripada sektor kebajikan dan kesihatan akan ditugaskan di Madinah.
Arab Saudi setuju teruskan 'Makkah Route' kepada jemaah haji Malaysia
Inisiatif itu memudahkan proses kemasukan bakal jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tanpa perlu melalui prosedur yang memakan masa.
Berhati-hati dengan tawaran pakej haji 2022 - Tabung Haji
Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi berhubung urusan haji bagi musim haji 2022 daripada kerajaan Arab Saudi.
Kerajaan umum kos, kuota haji pada awal April
Datuk Idris Ahmad dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara berkenaan.