awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH gesa PN tangkap Jho Low

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/07/2020
09:44 MYT
PH gesa PN tangkap Jho Low
Selain Malaysia, Jho Low, kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura. - Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) hari ini menggesa agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa berkait dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia harus dilakukan segera oleh kerajaan PN yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikan.
"Saya minta Perdana Menteri ambil perhatian. Sekarang bekas PM (Najib Razak) sudah kena, yang belum kena tangkap, Jho Low.
“Dia telah khianati negara dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat. PM sudah ada jadi saya minta penegasan kerana kita tahu ketika kerajaan PH menang antara perkara pertama yang kita laksanakan adalah wujudkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019,” katanya ketika membahaskan titah Diraja, pada Rabu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengalu-alukan dan mengharapkan komitmen Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu membawa pulang Jho Low.
Berdasarkan pengalaman dan portfolio Hishammuddin sekarang, polis yakin Ahli Parlimen Sembrong itu dapat membantu polis menjejaki dalang utama di sebalik skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mencelah dan bersetuju supaya ahli perniagaan dalam buruan itu ditangkap segera.
Malah katanya, beberapa individu lain yang berkaitan dengan isu berkenaan juga harus ditangkap segera .
Selain Malaysia, Jho Low, kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura seperti yang dilapor akhbar ‘The Edge Singapore’ yang memetik jurucakap polis negara itu.
Menurut laporan itu, pengesahan dilakukan selepas akhbar The Straits Times menerbitkan wawancara dengan Jho Low Isnin lalu, di mana ahli perniagaan itu menegaskan dia hanya pengantara dalam aliran dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dan bukan dalang seperti didakwa.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ahmad Maslan
#Hishammuddin Hussein
#Jho Low
#Ketua Polis Negara
#Malaysia
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan