Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata dalam tempoh itu, PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.
Katanya kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan pada Sabtu juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.
"Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham," katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini pada Ahad.
Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.
"Kerajaan banyak masalah... fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan... esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh... kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil," katanya.
Beliau turut mengaitkan kekalahan PH di PRK DUN Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.
Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.
"Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2019
Tun Daim Zainuddin berkata PH memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ibu, bayi enam bulan maut dalam kemalangan di Kluang
Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia enam bulan maut selepas kereta Nissan Cefiro yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 21 Jalan Renggam-Simpang Renggam.
#BenderaPutih: 5 beranak enam bulan ikat perut terima bantuan perumahan
Mereka sebelum ini terpaksa hidup berhimpit kerana hanya mampu menyewa sebuah bilik di Jalan Munshi Abdullah, dengan kadar RM350 sebulan.
Cuepacs syor LPPSA beri moratorium 6 bulan
Cuepacs menyarankan LPPSA supaya turut menangguhkan pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam selama enam bulan.
Gaji MB, Exco Negeri Sembilan dipotong 6 bulan lagi
Pemotongan gaji Menteri Besar dan barisan exco Negeri Sembilan sebanyak 10 peratus untuk disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana negeri akan disambung enam bulan lagi.
Syarikat tangguh AGM dan EGM, beralih kepada mesyuarat dalam talian
Disebabkan PKP, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia membenarkan syarikat yang tersenarai untuk menangguhkan AGM mereka melebihi tempoh enam bulan yang ditetapkan.
COVID-19: PM New Zealand, menteri potong 20 peratus gaji
Bagaimanapun, Jacinda menegaskan pemotongan gaji tidak akan melibatkan kakitangan barisan hadapan seperti doktor atau jururawat.
Jangkaan enam bulan diperlukan untuk pulih ekonomi negara - Mustapa
Kerajaan menjangkakan tempoh pemulihan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan selepas krisis COVID-19 berakhir.
Lembaga Pengarah UMT akan bincang cadangan penggabungan dengan UniSZA
Lembaga akan membincangkan keputusan Kabinet mengenai perkara ini dan bagaimana penggabungan itu akan dilaksanakan.
PH perlukan enam bulan lagi untuk pulih negara - Daim
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.