Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi kesukaran dalam memenuhi tuntutan manifestonya yang memerlukan pindaan undang-undang berkaitan Perlembagaan kerana ia tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat.
"Ya, kita dah lakukan banyak yang kita janji dalam manifesto tapi berkenaan dengan meminda ataupun menggugurkan satu-satu undang-undang, yang ada kaitan dengan Perlembagaan, dia perlu persetujuan dua pertiga daripada dewan (Dewan Rakyat).
"Jadi inilah masalah kita, bukan kita tak nak buat tetapi nak tukar undang-undang kadang-kadang kita kena rujuk kepada Perlembagaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Mahathir mengulas pertanyaan pemberita berhubung beberapa manifesto PH yang masih belum dilaksanakan antaranya penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada tahun ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata usaha kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang merupakan antara manifesto PH juga, tidak dipersetujui beberapa pihak.
"Sementara kita nak hapuskan hukuman mati, tapi ada orang yang tak bersetuju kerana ada anggota keluarga mereka telah dibunuh dan sebagainya.
"Jadi kita bukan boleh buat dengan secara mudah perkara ini, ia mengambil masa," katanya.
Dr Mahathir berkata hal ini juga bersamaan dengan penubuhan IPCMC yang mana jelas beliau ia tidak mudah untuk dilaksanakan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020
Pakatan Harapan sukar penuhi tuntutan manifesto kerana tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar Astro AWANI
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.