Masjid-masjid dan surau di seluruh negara dinasihatkan supaya memilih masa yang bersesuaian jika mahu menganjurkan majlis tazkirah pada bulan Ramadan.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini bagi memastikan kedua-dua pihak yang berminat mendengar tazkirah dan mahu menunaikan solat terawih diraikan bersama pada bulan mulia ini.
“Kalau nak buat (tazkirah) boleh buat dalam tempoh yang terhad, mungkin dalam masa 10 hingga 20 minit.
“Hari ini (tazkirah dilakukan) selepas solat witir atau terawih, dan saya lebih berminat majlis ilmu ini dibuat sebelum solat sunat terawih atau sebelum masuk waktu solat Isyak. Boleh buat tazkirah pada pukul 8.15 malam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran majlis tazkirah pada bulan Ramadan di tengah-tengah solat terawih.
Situasi ini menyebabkan segelintir jemaah yang mahu menunaikan solat sunat terawih dilihat tidak seronok kerana mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan solat sunat tersebut.
Sependapat dengan perkara itu, Dr Zulkifli menjelaskan bacaan ayat lazim yang pendek juga boleh membuatkan solat terawih diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat.
“Sebab itu Nabi Muhammad SAW mengajar sahabat-sahabat baginda supaya membaca surah (al-Quran) janganlah lama ketika mereka mengimamkan solat.
“Sifat meraikan (jemaah yang mahu dengar) tidak timbul masalah, lakukan tazkirah dalam masa 15 minit dan pilih waktu yang tidak menganggu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, adapun begitu, penganjuran majlis tazkirah pada bulan Ramadan boleh dijalankan mengikut persetujuan di negeri masing-masing.
Ujarnya, langkah yang diambil oleh kebanyakkan masjid dan surau melalui penganjuran majlis ilmu itu sebagai usaha mendirikan malam Lailatul Qadar.
“Salah satunya adalah menghadiri majlis-majlis ilmu. Saya melihat perkara yang dibangkitkan di banyak masjid atau surau adalah satu feqah,” katanya.
Justeru itu, Dr Zulkifli berharap tidak berlaku pertelagahan dalam kalangan umat Islam.
“Kita tidak mahu berlaku pergaduhan di bulan Ramadan kerana (majlis) tazkirah adalah perkara baik yang disampaikan oleh penceramah,” tegasnya.
Pada 2013, kerajaan negeri Pahang pernah mengeluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat terawih, dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan.
Sementara, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid sebelum ini sudah menyarankan dua waktu untuk masjid dan surau mengadakan majlis tazkirah Ramadan iaitu antara waktu solat Maghrib dan Isyak atau selepas selesai solat tarawih.
Hasimi Muhamad
Tue May 14 2019
Justeru itu, Dr. Zulkifli berharap tidak berlaku pertelagahan dalam kalangan umat Islam berhubung penganjuran majlis tazkirah pada bulan Ramadan. Gambar BERNAMA
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Berpuasa ketika konflik halangan besar buat rakyat Palestin
Dr Tareq M. Altalmas berkata cabaran besar yang dihadapi rakyat Palestin pada bulan Ramadan ini, adalah berpuasa di tengah-tengah pencerobohan tentera Israel yang berterusan.
Perbanyak kandungan didik masyarakat ancaman berita palsu, amal sikap wasatiyyah - Fahmi
Pengamal media di negara ini disarankan memperbanyak penghasilan kandungan berkaitan kesedaran terhadap impak berita palsu serta amalan hidup bersederhana dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia.
Netanyahu setuju sekat akses penduduk Palestin ke Al-Aqsa sepanjang Ramadan - Laporan
Sekalipun sudah diberi amaran tindakan itu akan tingkatkan kemarahan, Netanyahu tetap mahu hadkan kemasukan umat Islam.
Santuni rakyat ketika lawatan di beberapa negeri pahat kenangan manis buat Agong
Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perak benar iftar, moreh, sahur, petugas wajib jalani ujian pengesahan COVID-19
Perak membenarkan semua masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak mengadakan hidangan berbuka puasa, hidangan moreh dan hidangan sahur sepanjang bulan Ramadan.
Berbuka awal ikut azan radio, puasa batal perlu diganti - Mufti Sabah
Umat Islam yang tersalah berbuka puasa kerana mengikut azan maghrib di radio yang disiarkan awal dari waktunya dikira tidak sah dan terbatal mengikut hukum syarak.
Tiada cadangan SOP khusus solat Tarawih
Kerajaan tidak bercadang mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat Tarawih di masjid serta surau sempena Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.
Stok makanan asas untuk Hari Raya dan Gawai di Sarawak mencukupi
Bekalan dan stok makanan asas dijamin mencukupi bagi menampung penggunaan pada bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai.
Ramadan: SOP masih sama, waktu ditambah untuk operasi pasar awam, kenderaan awam
Tempoh operasi kenderaan awam bermula 4 petang hingga 10 malam, dan pasar awam bermula 6 pagi hingga 2 petang.