awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda hukuman, banteras lanun digital - Gobind

Rizal Zulkapli
Rizal Zulkapli
14/02/2019
10:10 MYT
Pinda hukuman, banteras lanun digital - Gobind
Mengulas lanjut berkenaan hukuman berat, Gobind menyatakan perbincangan akan dilakukan di peringkat kabinet. - Foto Bernama
Kerajaan dalam perbincangan memastikan agensi yang berkaitan dengan penguatkuasaan cetak rompak kandungan digital akan diletakkan di bawah satu kementerian.
Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh mahu pindaan dilakukan kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah cetak rompak kandungan digital bagi menghentikan perkara ini daripada berulang.
Menurutnya, ketika ini pemain dalam industri berdepan proses yang rumit untuk memastikan penguatkuasaan dilaksanakan apabila kandungan mereka dicetak rompak dalam platform digital.
“Dalam keadaan tersebut ramai hilang kepercayaan terhadap sistem ini. Kerana aduan mereka ditolak ke sini ditolak ke sana. Kita lihat apabila tindakan diambil masalah ini sudah menjadi satu masalah yang tidak dapat dikawal lagi,” jelasnya.
Beliau membuat kenyataan berkenaan di Sidang Kemuncak Anti Cetak Rompak Kandungan Digital di Putrajaya.
Gobind menambah, pihaknya mahu dua perkata iaitu pertama sistem pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan yang cepat selain satu sistem peruntukan yang membawa hukuman tegas.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan jangka masa dan bentuk akhir struktur baru ini.
Mengulas lanjut berkenaan hukuman berat, Gobind menyatakan perbincangan akan dilakukan di peringkat kabinet.
Menurutnya, struktur baru ini akan membolehkan tindakan pantas akan diambil oleh satu agensi sahaja apabila satu-satu aduan dibuat.
Ketika ini terdapat pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan cetak rompak kandungan digital termasuk, KKM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam masa yang sama, antara langkah yang akan diambil adalah untuk memberikan ruang kepada SKMM dan agensi lain untuk menyekat laman tertentu daripada memaparkan atau menjual kandungan digital yang dicetak rompak.
“Kami akan mengkaji pindaan (berkenaan penyelarasan penguatkuasaan undang-undang sedia ada). Namun… undang-undang sahaja tidak cukup. Kita perlu ada sistem untuk melaksanakan undang-undang berkenaan,” katanya.
Tambahnya, KKM akan turut mendapatkan pandangan daripada semua yang terlibat termasuk pihak industri kreatif dan mana-mana agensi yang terlibat.
Menurut laporan PWC Global Media Outlook, industri di Malaysia kerugian pendapatan sejumlah RM1.05 bilion dalam masa yang sama, kerajaan kerugian hasil cukai RM157 juta pada 2016 akibat daripada cetak rompak digital.
Dalam masa yang sama, 1,900 orang kehilangan pekerjaan akibat cetak rompak digital.
Topic Berkaitan
#Cetak rompak
#cukai
#Gobind Singh Deo
#hilang
#kabinet
#kerajaan
#KKM
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#SKMM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan