Pindaan Akta MKN: PM tidak boleh punya kuasa tak terhad - Dr Mahathir

Pindaan Akta MKN: PM tidak boleh punya kuasa tak terhad - Dr Mahathir
DR MAHATHIR: Perdana menteri tidak harus punya kuasa itu; kuasa itu harus ada pada Agong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa bertujuan menyekat perdana menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai 'kawasan keselamatan', kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dan jika seseorang ditangkap (dalam kawasan keselamatan) mati, tidak akan ada siasatan. Jadi ini beri perdana menteri kuasa tentang hidup mati seseorang.

"Ini dahsyat, perdana menteri tidak harus punya kuasa itu. Kuasa itu harus ada pada Agong. Sekurang-kurang ada sekatan," perdana menteri memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.
Pindaan itu bertujuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai 'kawasan keselamatan'.

Kuasa itu mengikut Akta MKN sebelum ini diperuntukkan kepada Perdana Menteri.

-- BERNAMA





Tag: Mahathir Mohamad, Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, kuasa, siasatan, Perdana Menteri, kawasan keselamatan, MKN, Akta Majlis Keselamatan Negara, Akta MKN, hidup mati


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.