Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) yang diluluskan oleh Parlimen semalam bakal menyaksikan kualiti perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti Uber dan Grabcar di seluruh negara ditingkatkan dan bakal melalui transformasi, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam satu kenyataan hari ini, SPAD berkata pindaan itu akan memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan tersebut mengguna pakai standard keselamatan dan perkhidmatan tertinggi termasuk pemeriksaan latar belakang mandatori.
"Suruhanjaya juga berkuasa memperkenalkan dan menguatkuasakan peraturan seperti mewajibkan pengendali perkhidmatan e-hailing menyerahkan maklumat berkaitan perjalanan dan kenderaan yang digunakan kepada SPAD bagi perancangan pengangkutan awam darat," katanya.
Menurut SPAD selain memastikan tambang e-hailing ditentukan kuasa pasaran, pindaan itu juga mampu meningkatkan pendapatan pemandu melalui penggunaan harga tambang dinamik apabila menggunakan aplikasi e-hailing atau kadar tambang teksi bermeter semasa mengambil penumpang di bahu jalan.
Perubahan itu adalah wajar dan akan berupaya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, dan pada masa sama menyediakan medan persaingan adil bagi industri teksi melalui penggunaan teknologi terkini yang lebih responsif kepada kuasa pasaran, kata agensi tersebut.
"SPAD akan menggariskan butiran yang lebih lanjut mengenai pindaan APAD ini serta impak perundangan terhadap industri teksi dan perkhidmatan e-hailing dalam jangka masa terdekat," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.
Perkara itu menjadi realiti selepas Parlimen semalam meluluskan beberapa rang undang-undang (RUU) bagi mengesahkan perkhidmatan e-hailing di negara ini.
Ia membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan oleh Nancy tanpa pindaan menerusi undian lisan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2017
Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama menjadikan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.