Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira kira jam 10.30 pagi Khamis.

Bagaimanapun, beliau dipercayai menaiki kenderaan lain dan gagal dikesan media yang menunggu di hadapan pintu utama SPRM sejak jam 8 pagi.

Beliau dipanggil bagi memberi keterangan berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang diubah seperti didedahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebelum ini.

BACA: Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun

Dalam pendedahan itu, dua perkara penting tidak dimasukkan dalam Laporan Akhir itu mengenai kehadiran Ahli Perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan status kewangan 1MDB.

26 November lalu, Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kes yang sama.