awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga bantu pulihkan institusi kekeluargaan - Rohani

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/04/2017
07:00 MYT
Pindaan RUU Keganasan Rumah Tangga bantu pulihkan institusi kekeluargaan - Rohani
ROHANI: Pindaan itu kelak akan dikuatkuasakan pihak berkuasa berkenaan selepas ia diluluskan.
Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 akan mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluargaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan itu kelak akan dikuatkuasakan pihak berkuasa berkenaan selepas ia diluluskan.
"Antara agensi itu adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Mahkamah.
"Ia memperluaskan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu mangsa boleh membolehkan mangsa mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO) dan perintah perlindungan (PO) apabila pelaku menggelapkan harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan," katanya.
Rohani berkata demikian semasa sidang media pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) di sini hari ini.
Merujuk kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan.
Selain itu katanya, ia akan memberi mangsa mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan, pemberian hak penghunian eksklusif kediaman bersama kepada mangsa bagi memberi perlindungan.
Ia turut memperkenalkan Program Pemulihan di bawah kelolaan KPWKM yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan dan penambahbaikan perintah IPO dan PO dalam aspek pemakluman status kepada mangsa.
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996.
Akta ini kemudian telah dipinda buat kali pertama pada tahun 2012.
Topic Berkaitan
#keganasan
#keluarga
#pendidikan
#Rohani Abdul Karim
#rumah
#RUU< keganasan rumah tangga
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan