Sebuah tren KLIA Transit menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan penumpang terkandas kira-kira satu jam di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya, di sini, hari ini.
Seorang penumpang yang mahu dikenali sebagai Noor, 33 tahun, berkata, dia berada di dalam tren itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan sampai ke Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya, kira-kira jam 7.50 pagi.
Bagaimanapun katanya, tren itu tidak bergerak selepas 10 minit dan pengumuman dibuat memaklumkan kepada penumpang bahawa terdapat masalah teknikal pada tren berkenaan.
“Semua penumpang menunggu di dalam tren. Ada yang menunggu di luar kerana tren sesak dan lembap.
“Kemudian kami dimaklumkan bahawa ada tren lain yang turut mengalami kerosakan. Penumpang dari tren berkenaan dipindahkan ke tren kami. Perkhidmatan disambung semula jam 8.45 pagi,” katanya.
Sementara itu, KLIA Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam satu kenyataan berkata, tren KLIA Transit pada jam 7.16 pagi menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan semua perkhidmatan dari stesen terminal dihentikan sementara.
Katanya, ERL memulakan perkhidmatan gabungan untuk kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, bermula jam 9 pagi.
“Kedua-dua perkhidmatan telah menyambung semula operasi biasa mulai jam 9.30 pagi. Pelepasan pertama untuk KLIA Transit dari KL Sentral pada jam 9.33 pagi dan 9.40 pagi untuk KLIA Ekspres.
“Dari KLIA2, perjalanan biasa untuk KLIA Ekspres adalah pada jam 9.35 pagi dan KLIA Transit jam 9.48 pagi,” kata kenyataan itu.
ERL turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku itu.
Sinar Harian
Fri Mar 16 2018
KLIA Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam satu kenyataan berkata, tren KLIA Transit pada jam 7.16 pagi menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan semua perkhidmatan dari stesen terminal dihentikan sementara. - Foto Facebook KLIA Ekspres
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Pintu tren KLIA Transit rosak, penumpang terkandas sejam
Sebuah tren KLIA Transit menuju ke KL Sentral mengalami kerosakan pintu dan penumpang terkandas kira-kira satu jam di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya, di sini, hari ini.