Tutup

PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki

PKNS sahkan kakitangan maut nahas bas Turki
Allahyarham Azalan Miswan disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 pagi waktu Turki. -Foto Hamidah Asararuddin
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di Turki pada Rabu disahkan sebagai kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

PKNS dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham Azalan Miswan disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.45 pagi waktu Turki.

BACA: Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki

Kenyataan tersebut turut memaklumkan 10 penumpang bas yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Afyonkarahisar.
Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan insiden kemalangan membabitkan bas tersebut yang membawa 35 staf PKNS ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbalik akibat keadaan jalan yang licin.