awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/04/2020
06:35 MYT
PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan
Skim itu kebiasaannya dilaksanakan sepanjang musim perayaan sahaja, namun kerajaan melihat ia perlu dibuat pada tempoh PKP. - Gambar fail
Kerajaan akan melaksanakan skim harga maksimum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan tidak ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebiasaannya skim itu dilaksanakan sewaktu musim perayaan, namun kerajaan melihat ia perlu dilaksanakan untuk memastikan tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
“Kita faham kemungkinan ada peniaga yang tidak bertanggung jawab, mungkin akan ambil kesempatan untuk naikkan harga. Oleh itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri berhubung PKP hari ini memutuskan pelaksanaan skim kawalan harga maksimum.
“Skim ini biasanya akan dilaksanakan sewaktu musim perayaan, tapi kita memutuskan untuk tak perlu tunggu, masuk saja PKP 3 (15 April) ini, skim kawalan harga maksimum mesti dilaksanakan dan senarai produk akan diumum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan khas ke atas keseluruhan rantaian bekalan - peniaga, peruncit, pemborong dan pengilang - untuk memantau bekalan 25 barangan keperluan harian.
Beliau berkata, pemantauan dan pemeriksaan itu mendapati bekalan ada pada tahap yang stabil untuk PKP 3 yang akan berakhir pada 28 April ini.
Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga memberi jaminan bekalan makanan kering dan basah turut berada pada tahap memuaskan.
“Tak perlu bimbang dari segi cukup atau tidak kerana kedua-dua kementerian ini telah buat pemeriksaan dan bekalan mencukupi. Harap tidak timbul pembelian panik dan sebagainya kerana semuanya mencukupi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Harga Barangan
#ismail sabri yaakob
#kluster keselamatan
#koronavirus
#Menteri Kanan
#musim perayaan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#skim kawalan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan