Teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat ataupun kira-kira 72 jam lagi.
Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.
Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi. Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COVID-19 gara-gara menamatkan 'lockdown' terlalu awal.
Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COVID-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COVID-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.
Selain itu, tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka kematian kekal pada 107. Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan.
Sejak penularan wabak ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan 'tangan kosong' disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.
Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COVID-19. Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan.
Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.
Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.
Jadi tanamlah 'normal baharu' itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.
Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Biasakan dengan normal baharu dan amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kiralah di mana sahaja anda berada, maklumlah raya sudah semakin hampir.
Sudah berbuih rasanya mulut Ismail Sabri mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu ketika sidang media harian mereka, justeru, rakyat seharusnya sudah memahami akan perkara-perkara yang digalakkan dilakukan dalam normal baharu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Orang ramai beratur panjang untuk berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Badlishah ketika tinjauan Bernama di Bandaraya Alor Setar, 4 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
NPRA Malaysia lulus pendaftaran bersyarat Ravidasvir, rawat Hepatitis C
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.
PKP 4 hampir berakhir, mungkinkah ada harapan buat rakyat kembali sediakala?
Pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini.
Jangan alpa di sebalik pelaksanaan PKPB, COVID-19 masih ada
PKPB bermula Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, merupakan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia.