Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan membuat pelarasan semula bil air berdasarkan purata penggunaan air semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Air Selangor dalam kenyataan hari ini berkata bil bagi bulan Mac hingga Mei sebelum pelarasan akan ditolak dengan jumlah bil untuk Mac hingga Mei selepas pelarasan itu.
"Keseluruhan pelarasan akan ditunjukkan pada bil bulan Jun atau Julai 2020.
"Sekiranya bayaran telah dibuat bagi bil terlebih caj semasa PKP, jumlah lebihan akan direkodkan dalam akaun pelanggan," menurut kenyataan itu.
Air Selangor menjangkakan pelarasan itu akan selesai menjelang Julai 2020 kerana ia perlu melalui kitaran bil penuh sebulan.
Semua infografik di akaun media sosial juga akan dikemas kini untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelanggan mengenai pengiraan bil baharu itu.
Sejak 2 Mei, Air Selangor memulakan semula pembacaan meter di premis pelanggan dan telah mengambil rekod penggunaan air yang sebenar.
Untuk pertanyaan mengenai bil air yang tinggi, pelanggan boleh terus menghubungi Air Selangor di 15300, atau WhatsApp 019-280 0919 atau 019-281 6793, atau akaun media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram), aplikasi Air Selangor dan e-mel ([email protected]).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020
Sejak 2 Mei, Air Selangor memulakan semula pembacaan meter di premis pelanggan dan telah mengambil rekod penggunaan air yang sebenar. -Gambar hiasan
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.