awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas ekspres bawa 42 penumpang terlibat kemalangan dengan lori
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, 41 PPS dibuka - JPBN
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Bilangan ingkar PKP menurun kepada 550 individu - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/04/2020
06:33 MYT
PKP: Bilangan ingkar PKP menurun kepada 550 individu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata pihak berkuasa mengesan peningkatan pergerakan kenderaan di atas jalan raya sehari sebelum Ramadan. Gambar/ Bernama.
Jumlah tangkapan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan penurunan kepada 550 individu pada Khamis, berbanding 763 individu pada Rabu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan kerana melakukan kesalahan itu seramai 19,048 individu.
Daripada keseluruhan individu yang ditahan pada Khamis, seramai 480 orang direman, manakala 70 lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kita berharap jumlah tangkapan ini akan terus menurun sekali gus menggambarkan kadar pematuhan rakyat terhadap peraturan PKP semakin meningkat
“Selain itu, seramai 1,014 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata pihak berkuasa mengesan peningkatan pergerakan kenderaan di atas jalan raya sehari sebelum umat Islam di negara ini menyambut Ramadan.
Ismail Sabri berkata, keadaan itu berlaku dipercayai kerana orang ramai keluar untuk membeli barangan asas sebagai persiapan Ramadan.
“Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 827 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 627,494 kenderaan.
“Sebanyak 42,941 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,700 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa,” katanya.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Islam
#Media
#menteri
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan