awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP Fasa II: Rakyat Malaysia pulang dari luar negara wajib dikuarantin 14 hari bermula esok - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/04/2020
07:06 MYT
PKP Fasa II: Rakyat Malaysia pulang dari luar negara wajib dikuarantin 14 hari bermula esok - Ismail Sabri
Ismail berkata warga Malaysia yang masuk melalui semua pintu masuk sama ada laut, darat atau udara akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan.
Rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara wajib dikuarantin bermula Jumaat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata rakyat negara ini yang kembali melalui semua pintu masuk sama ada laut, darat atau udara akan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.
“Semua kemasukan, rakyat Malaysia akan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari.
“Apabila mereka sampai sahaja di pintu masuk dan melepasi pemeriksaan imigresen, mereka akan dibawa menggunakan bas khas yang disediakan untuk ke pusat kuarantin tersebut,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Katanya lagi, kebajikan semua mereka sepanjang berada di pusat kuarantin akan dijaga oleh satu pasukan petugas khas.
“Ada pasukan petugas khas yang akan menjaga makan minum mereka mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kesihatan
#KKM
#kuarantin
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pusat kuarantin
#SOP
#warga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan