awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP Fasa II: Waspada... polis kini berada dalam mod keras - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/04/2020
06:50 MYT
PKP Fasa II: Waspada... polis kini berada dalam mod keras - Ismail Sabri
ISMAIL: Saya menyeru dan berharap rakyat kita selain patuh kepada PKP, apabila keluar membeli barangan keperluan, penjarakan sosial perlu dipatuhi. - Gambar fail
“Tindakan pihak polis sekarang adalah keras. Mula-mulanya berlembut dan menasihat selepas itu bertukar kepada tegas. Dan kini “mod” pihak polis adalah keras.”
Demikian peringatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Khamis berhubung individu-individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sehingga 14 April.
Biarpun terdapat penurunan dari segi jumlah penahanan individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, namun pihak polis masih meneruskan tindakan mereka yang kini berada di tahap keras.
“Mula-mulanya berlembut dan menasihat. Selepas itu, bertukar kepada tegas dan kini “mod” pihak polis adalah keras.
“Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah individu yang ditahan, kami harap agar rakyat terus mematuhi PKP,” katanya.
Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa terdapat penurunan dalam jumlah penahanan individu yang ditahan akibat ingkar PKP iaitu darupada 583 orang pada Selasa kepada 562 orang pada Rabu.
“Ini menunjukkan terdapat 3.6 peratus penurunan dari segi jumlah tangkapan.
“Jika mengikut trend penurunan ini, ia menunjukkan orang ramai patuh kepada PKPK maka ia adalah petunjuk yang baik.
“Kami berharap peratusan ini akan terus berkurangan sepanjang berlakunya PKP Fasa kedua ini,” katanya.
Beliau berkata sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan dan 380,342 kenderaan telah diperiksa pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, sebanyak 4,189 individu telah ditahan.
“1,449 individu telah dituduh di mahkamah dan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman.
“Hukuman bukan sekadar berupa denda, tetapi juga dikenakan hukuman penjara sehingga lapan bulan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#berkeras
#berlembut
#bertegas
#Fasa II
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Kluster Keselamatan
#perintah kawalan pergerakan
#pihak polis
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan