awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP fasa kedua: Perjalanan dihadkan tidak lebih 10km

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2020
15:22 MYT
PKP fasa kedua: Perjalanan dihadkan tidak lebih 10km
Individu yang keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian, makanan atau mahu mendapatkan rawatan di klinik, dihadkan perjalanan kepada tidak lebih 10 kilometer dari kediaman masing-masing. - Astro AWANI
Jangan terkejut jika anda ditahan di sekatan jalan raya, diminta menunjukkan kad pengenalan dan diarah untuk berpusing balik.
Anda mungkin telah melangkaui jarak perjalanan 10 kilometer yang dibenarkan dalam fasa kedua Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) yang berkuat kuasa hari ini.
Menurut satu warta kerajaan yang dikeluarkan semalam, individu yang keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian, makanan atau mahu mendapatkan rawatan di klinik, dihadkan perjalanan kepada tidak lebih 10 kilometer dari kediaman masing-masing.
“Untuk membeli makanan, barang keperluan harian, ubat-ubatan atau makanan tambahan, pergerakan yang dibenarkan hanya untuk radius tidak lebih 10 kilometer dari kediaman, atau ke mana-mana tempat yang paling berdekatan dengan kediaman,” kata warta itu.
Mereka yang perlu membuat perjalanan melebihi radius 10 kilometer atas sebab-sebab tertentu, hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pegawai polis atau balai polis yang paling berdekatan dengan kediaman masing-masing.
Dalam sebarang keadaan, warta itu yang berkuat kuasa dari 1 hingga 14 April 2020 – sempena fasa kedua PKP yang bermula hari ini --menyatakan seseorang hendaklah keluar bersendirian melainkan perlu untuk dia ditemani seorang yang lain
Warta itu adalah satu kemas kini daripada warta sebelumnya untuk menjelaskan peraturan-peraturan berkaitan PKP yang sedang dikuatkuasakan.
Pelanggaran terhadap peraturan berkenaan boleh membawa kepada hukuman penjara enam bulan, atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#10 kilometer
#balai polis
#COVID-19
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan