Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac lalu hingga semalam bukan sahaja dapat memutuskan rantaian COVID-19, malah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, menurut Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini ekoran pengurangan aktiviti seperti pelepasan asap kenderaan, asap cerobong industri dan pembakaran terbuka, katanya.
Beliau berkata satu analisis terperinci oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke atas beberapa parameter utama iaitu Nitrogen Dioksida (NO2 ), Sulfur Dioksida (SO2), Karbon Monoksida (CO) dan habuk halus bersaiz diameter 2.5 mikron (PM2.5) mencatatkan penurunan ketara.
Tuan Ibrahim berkata, pemerhatian telah dilakukan di beberapa stesen pengawasan kualiti udara di Lembah Klang iaitu di Batu Muda dan Cheras (Kuala Lumpur) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.
"Ketiga-tiga kawasan itu mencatatkan penurunan yang signifikan iaitu penurunan 55 hingga 68 peratus bagi NO2; 17 hingga 34 peratus bagi SO2; enam hingga 15 peratus bagi CO; dan enam hingga 14 peratus bagi PM2.5," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tuan Ibrahim berkata, selain itu, JAS turut meluaskan analisis di stesen pengawasan kualiti udara di beberapa bandar utama seperti Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu bagi tempoh yang sama.
"Dapatan juga menunjukkan berlaku penurunan ketara untuk setiap parameter iaitu NO2 antara 11 hingga 62 peratus, SO2 antara lima hingga 22 peratus, CO antara dua hingga 25 peratus dan PM2.5 antara dua hingga 23 peratus," katanya.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini setiap jam boleh dirujuk di laman web JAS di pautan http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di Android 'Google Play' dan di Apple 'App Store'.
Tuan Ibrahim turut menasihati rakyat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan risiko cuaca panas dan kering buat masa ini.
Kerjasama orang ramai juga diminta melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
Menurut Tuan Ibrahim, pemerhatian dilakukan di beberapa stesen pengawasan kualiti udara di Lembah Klang serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. - Gambar Facebook Tuan Ibrahim
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.