awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Langgar syarat MITI, kelulusan empat syarikat ditarik balik

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2020
09:17 MYT
PKP: Langgar syarat MITI, kelulusan empat syarikat ditarik balik
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai agar membuat aduan kepada pihak berkuasa terutama PDRM jika mempunyai maklumat mengenai pelanggaran SOP.
Kerajaan menarik balik kelulusan operasi empat syarikat yang melanggar syarat ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, 35 syarikat lagi yang dilaporkan melakukan kesalahan sama masih disiasat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Sehingga hari ini, MITI telah menarik balik kelulusan terhadap empat buah syarikat yang didapati melanggar syarat kelulusan ditetetapkan.
"Siasatan juga dijalankan JTKSM dan PDRM terhadap 35 syarikat yang telah dilaporkan melanggar syarat yang ditetapkan oleh MITI," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar membuat aduan kepada pihak berkuasa terutama PDRM jika mempunyai maklumat mengenai pelanggaran SOP ditetapkan kerajaan.
"Orang awam boleh buat aduan secara terus pada PDRM atau MITI jika tahu ada pelanggaran SOP oleh syarikat tertentu," tambahnya.
Dalam pada itu, syarikat yang telah mendapat kelulusan beroperasi sepanjang tempoh PKP fasa satu dan dua tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi PKP fasa ketiga.
Beliau berkata, ia berikutan semua syarikat berkenaan telah diwartakan dan boleh meneruskan operasi.
"Bagi operasi syarikat untuk (kategori) ekonomi tambahan, ia hanya diwartakan semalam dan sedang diproses," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#ekonomi
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#menteri
#MITI
#operasi
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan