awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Lemang periuk kera 'online' laris

Aida Aziz
Aida Aziz
11/05/2020
02:30 MYT
PKP: Lemang periuk kera 'online' laris
NOR HASMAH: Sepanjang tempoh PKP, hampir 1,000 biji lemang periuk kera bersama set rendang dijual setiap hari. -Astro AWANI
Apa yang anda lakukan jika perniagaan terjejas setelah kedai terpaksa ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Bagi seorang pengusaha kedai makan di Kuala Kangsar, tiada istilah 'berehat' walaupun pekerja di kedai makannya dihantar pulang ke negara asal Thailand dan tiada kemungkinan membuka perniagaan dalam masa terdekat.
Nor Hasmah Mohamed Tajudin memilih untuk membuat dan menjual lemang periuk kera secara dalam talian bagi menampung perbelanjaan sepanjang PKP.
Bersama suaminya Aznan Wan Ya, pasangan ini mula menghasilkan lemang tersebut kerana mahu menyediakan lemang yang lain dari kebiasaan, mudah dan cepat dimasak iaitu kira-kira 20 minit, tidak seperti lemang tradisional.
Nor Hasmah mengakui perniagaan yang diusahakan selama 20 tahun sememangnya terjejas sepanjang tempoh PKP, tetapi dia perlu mencari jalan penyelesaian lain untuk menjana pendapatan bulanan.
“Saya memang penggemar lemang sebetulnya tapi bila saya tengok abah buat ambil masa sehari dengan hendak cari buluh lagi, hendak masuk daun semua, jadi dengan membakarnya lama.
"Dengan periuk kera ini mudah, janji stok periuk kera ada. Kita letak pulut tu macam sekejap sahaja,” kata Nor Hasmah.
Ujarnya lagi, permintaan lemang periuk kera di bulan Ramadan dalam tempoh PKP sangat menggalakkan, di samping hebahan langsung di media sosial.
Dia juga bersyukur kerana mendapat promosi dari mulut ke mulut.
Kata Nor Hasmah, stok periuk kera juga mudah didapati di kawasan sekitar Kuala Kangsar yang sesuai dengan habitatnya.
“Kalau untuk perniagaan, saya upah orang, satu guni dalam RM50. Ia ada dalam kebun getah kebun yang ada air.
“Bukan mudah untuk jumpa kelompok itu sebab bukan semua tempat ada. Dia ada rasa tersendiri, sebab itu dia ada rasa hangit-hangit bakar api, yang hanya kukus pastinya kena lemak,” jelasnya.
Tambahnya, lemang periuk kera dijual dengan harga RM10 bagi lima biji berserta Rendang Perak, dan RM10 bagi 12 biji tanpa rendang.
“Saya jual tomyam, jadi bila PKP ini tak ada masa memasak di rumah. Jadi saya ambil satu alternatif lain.
"Benda yang orang payah nak buat, payah nak dapat. Jadi saya ambil alternatif jual lemang periuk kera.
"Saya tulis situ, menu rare musim PKP,” ujarnya.
Nor Hasmah turut menjelaskan, tidak timbul isu spesis periuk kera pupus atau tidak selamat untuk dimakan kerana proses untuk mendapatkan tumbuhan itu dibuat dengan berhati-hati.
Katanya, pemilihan periuk kera juga dititikberatkan dengan mengambil kira saiz tumbuhan itu sebelum dijadikan pengalas lemang.
Sepanjang tempoh PKP, hampir 1,000 biji lemang periuk kera bersama set Rendang Perak dijual setiap hari.
Jelasnya, caj penghantaran terus ke rumah pula di antara RM1 dan RM3, bergantung kepada lokasi.
Tambahnya, menu istimewa ini akan diteruskan walaupun setelah PKP tamat selain yakin ia mampu menambat selera orang ramai dengan aroma unik dan rasa lemaknya.
Topic Berkaitan
#Aznan Wan Ya
#lemang periuk kera
#menu rare
#Nor Hasmah Mohamed Tajudin
#PKP
#Ramadan
#Rendang Perak
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan