awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP Pentadbiran: JKM sedia perkhidmatan aduan, kaunseling kepada penduduk Kuala Langat

Bernama
Bernama
04/06/2020
20:14 MYT
PKP Pentadbiran: JKM sedia perkhidmatan aduan, kaunseling kepada penduduk Kuala Langat
Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama dikenakan PKP Pentadbiran selama dua minggu sehingga 16 Jun. - Bernama
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawab untuk menguruskan aduan dan sesi kaunseling kepada penduduk Kuala Langat yang terjejas semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata turut diselaras adalah sumbangan makanan dan keperluan harian daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta bersama-sama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.
"Bagaimanapun, sepanjang tempoh SEMCO (PKP secara pentadbiran) ini, kedai barangan keperluan harian di kawasan sekitar Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat tetap dibenarkan beroperasi bagi membolehkan penduduk membeli barangan keperluan.
"Namun begitu, para penduduk terjejas juga diingatkan untuk menjaga keselamatan diri dengan mematuhi semua etika yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya selepas mengadakan lawatan ke daerah Kuala Langat bagi meninjau kawasan yang dikuatkuasakan PKP secara pentadbiran, pada Khamis.
Rina turut menyeru supaya NGO dan syarikat-syarikat swasta yang lain untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas semasa tempoh pelaksanaan PKP secara pentadbiran.
Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama itu merupakan antara kawasan yang telah dikuatkuasakan PKP secara pentadbiran bagi tempoh dua minggu bermula 2 Jun hingga 16 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#Kuala Langat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Rina Mohd Harun
#Taman Langat Murni
#taman langat utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan