Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKP: PM puji rakyat Malaysia, barangan keperluan di pasar raya penuh

PKP: PM puji rakyat Malaysia, barangan keperluan di pasar raya penuh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan pemantauan di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur untuk melihat sendiri amalan penjarakan sosial selain stok keperluan harian - Foto Twitter/@MuhyiddinYassin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji rakyat Malaysia yang semakin peka akan keperluan penjarakan sosial.

Beliau yang membeli barang di sebuah pasar raya di ibu negara turut memantau stok barangan keperluan harian.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” kongsi Muhyiddin dalam muat naik status di laman sosialnya.
Kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan keperluan asas rakyat mencukupi sekaligus tiada keperluan untuk rakyat melakukan pembelian panik.




Tag: Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, rakyat, kerajaan, rakyat Malaysia, penjarakan sosial, social distancing, keperluan harian, barangan harian, keperluan asas, Muhyiddin tinjau pasaraya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.