awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Tanam padi, tangkap ikan dibenarkan - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/04/2020
07:30 MYT
PKP: Tanam padi, tangkap ikan dibenarkan - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, arahan itu dilaksanakan bagi memastikan bekalan pertanian adalah mencukupi khususnya kepada mereka yang bergantung kepada sektor tersebut.
Datuk Seri Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa sektor pertanian dan perikanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, arahan itu tertakluk kepada keseluruhan aktiviti berkaitan termasuk perkilangan, logistik serta pergerakan kenderaan yang mengangkut hasil pertanian tidak akan disekat oleh pihak berkuasa.
“Setiap aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian dibenarkan.
“Justeru ada yang tanya, boleh ke nak tanam padi, tabur benih padi dan tangkap ikan oleh nelayan? Semuanya dibolehkan seperti biasa.
“Kita nak jelaskan bukan sekadar pengeluaran tetapi apa juga berkaitan rantaian pertanian termasuk kenderaan pengangkutan pertanian dibenarkan seperti biasa,” demikian katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Jelasnya, arahan itu dilaksanakan bagi memastikan bekalan pertanian adalah mencukupi khususnya kepada mereka yang bergantung kepada sektor tersebut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Seri Ismail Sabri
#keselamatan
#Perintah Kawalan Pergerakan PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan