awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan internet di Iran disifatkan paling teruk dalam sejarah - Pakar keselamatan siber
Iran beri amaran akan bertindak balas jika Amerika lancar serangan ketika protes terus memuncak
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Tiada aduan rasmi pekerja diberhentikan, keadaan terkawal kata Timbalan Menteri

Bernama
Bernama
04/04/2020
14:41 MYT
PKP: Tiada aduan rasmi pekerja diberhentikan, keadaan terkawal kata Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim (kiri) menyampaikan bantuan makanan asas kepada warga emas, Siti Aishah Abdul Rahim di Perumahan Keda, Kampung Lahar Tunjung, hari ini. - BERNAMA
Tiada aduan rasmi mengenai pekerja diberhentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.
Beliau berkata kerajaan akan memastikan kepentingan majikan dan pekerja terus terbela dan wujud situasi 'menang-menang' antara kedua-dua pihak kerana mereka adalah komponen penting dalam menggerakkan ekonomi negara.
"Setakat ini tiada aduan rasmi mengenai pekerja diberhentikan dan keadaan masih terkawal. Kami di pihak kerajaan pada setiap hari bertungkus lumus memastikan bantuan yang kita salurkan akan dilakukan secara menyeluruh termasuk bagaimana kita hendak membantu majikan dan pekerja," katanya selepas menyampaikan sumbangan pek makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada masyarakat di sini pada Sabtu.
Beliau berkata namun sekiranya terdapat laporan pekerja diberhentikan, kerajaan akan berusaha untuk menyelesaikan dengan sebaik mungkin dengan melihat perkara ini itu daripada pelbagai sudut.
Awang berkata kementeriannya amat mengalu-alukan pandangan serta idea dari semua pihak untuk membantu kerajaan meringankan beban golongan yang terjejas dengan penularan COVID-19 khususnya majikan dan pekerja.
Beliau berkata setakat ini kementeriannya telah mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Awang berkata kumpulan berkenaan memberikan pandangan yang positif untuk meringankan beban kerajaan kerana ini adalah pengalaman pertama Malaysia mahupun negara-negara lain di dunia berdepan dengan pandemik berbahaya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Hashim
#cuepacs
#ekonomi
#kerajaan
#koronavirus
#majikan
#Pekerja
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan