Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama, Istana Negara sempena sambutan 1 Syawal, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Seri Paduka Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 30 jemaah, yang dipimpin oleh Pegawai Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob.

Ia merupakan julung kali Al-Sultan Abdullah menunaikan solat sunat tersebut di Surau Utama Istana Negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Para jemaah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara dari pelbagai peringkat.

"Majlis diadakan mengikut garisan panduan PKPB yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM),"demikian kata kenyataan tersebut, pada Ahad.

24 Mei 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 30 jemaah sempena sambutan 1 Syawal di Surau Utama, Istana Negara hari ini. Majlis solat sunat Aidilfitri tersebut dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob. Para jemaah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara dari pelbagai peringkat dan majlis diadakan mengikut garis panduan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan julung kali Al-Sultan Abdullah menunaikan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara berikutan pelaksanaan PKPB untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Secara lazimnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, Al-Sultan Abdullah turut berkenan bersantap bersama para jemaah di Istana Negara. Berikutan pelaksanaan dan mematuhi PKPB sehingga 9 Jun ini, Al-Sultan Abdullah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta keluarga meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di lstana Negara, bukannya di Kuantan, Pahang seperti kelazimannya. #agongkita #aidilfitri #royal #malaysia #eidmubarak

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on