awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB beri rezeki, ternakan arnab beri pulangan lumayan buat Linda Brahmana

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2020
06:49 MYT
PKPB beri rezeki, ternakan arnab beri pulangan lumayan buat Linda Brahmana
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Linda berjaya menjual lebih 1,000 ekor arnab, hasil dari memanfaatkan media sosial. - Astro AWANI
Tidak pernah terdetik, arnab yang dipelihara secara suka-suka sejak Februari tahun lalu memberikan pulangan lumayan kepada Linda Brahmana Eddie Mulia, 47, apabila permintaan terhadap daging dan baka arnabnya mula mendapat tempat dalam pasaran.
Daripada beberapa ekor yang terjual, kini permintaannya melonjak sehingga 500 ekor setiap bulan.
Linda berkata, semua arnab itu dipelihara dalam kawasan kediaman yang didudukinya di Taman Desa Indah, Guar Chempedak.
Katanya, modal permulaannya cuma dengan dua ekor arnab sahaja yang dibeli dari pasar malam.
Antara baka yang dimiliknya adalah jenis Teddy Bear; Holland Look; Minirex; Nederland Dwarf dan juga jenis pedaging.
Ia dijual dengan harga RM50 sehingga RM250 seekor.
Jelasnya, harga bagi setiap jenis arnab itu tidak sama nilainya kerana bergantung kepada saiz dan keistimewaannya.
“Dalam banyak-banyak ini paling banyak dijual adalah pedaging sebab sekali dia beranak mencecah lapan ke 13 ekor.
“Seekor RM30, kalau 13 ekor RM390 sebulan. Umur dia sebulan setengah sudah boleh jual. Kedua paling laku ialah Minirex di mana kalau orang boleh beli dalam RM30 sehingga RM50 sudah boleh dapat sepasang,” katanya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Linda berjaya menjual lebih 1,000 ekor arnab, hasil dari memanfaatkan media sosial.
Katanya, ibu tunggal dan golongan yang tidak bekerja, diberikan peluang untuk menjana pendapatan sendiri dengan diberikan beberapa ekor induk arnab untuk dijaga dan hasilnya dijual kepadanya semula.
Linda berhasrat mahu bergiat secara serius dalam ternakan arnab dan bercadang menyewa tanah seluas dua ekar untuk pembinaan tempat yang selesa untuk arnab-arnabnya.
Topic Berkaitan
#arnab
#Guar Cempedak
#Holland Look
#jual arnab
#media sosial
#Nederland Dwarf
#PKP
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan