Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKPB: Dr Noor Hisham rayu rakyat Malaysia terus amalkan normal baharu selepas 4 Mei

PKPB: Dr Noor Hisham rayu rakyat Malaysia terus amalkan normal baharu selepas 4 Mei
Pemakaian topeng hidung dan mulut, amalkan penjarakan sosial serta kerap membasuh tangan merupakan amalan normal baharu yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia bagi membantu kerajaan membendung COVID-19. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan kepatuhan sosial apabila sektor ekonomi dibuka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ini.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau berkata, jika normal baharu diabaikan, akhirnya usaha keras kerajaan untuk meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 melalui empat fasa PKP sebelum ini akan menjadi sia-sia.
“Yang penting, apabila kita buka semula ekonomi kita, kita ada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) itu perlu dipatuhi. Tetapi kita rayu kepada rakyat malaysia untuk amalkan kepatuhan sosial, tanggung bersama dan terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, rakyat Malaysia harus tahu bahawa virus COVID-19 ini akan sentiasa berada dalam komuniti seperti denggi dan semua pihak harus belajar bagaimana untuk mengawal penularan wabak itu.
Juster, jelasnya lagi, rakyat Malaysia harus mengambil maklum dua kriteria utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sangat penting untuk dipatuhi.

“Dua kriteria penting harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia ialah terus mengamalkan normal baharu dan keduanya adalah pemerkasaan komuniti - tanggungjawab bersama untuk memantau tahap kepatuhan sosial. Kalau tak laksanakan, maka tujuan kita untuk kawal (COVID-19) pun mungkin tak tercapai,” katanya lagi.


Tag: Dr Noor Hisham Abdullah, normal baharu, perintah kawalan pergerakan, perintah kawalan pergerakan bersyarat, pkp, pkpb, SOP, WHO, Kementerian Kesihatan, Putrajaya, Denggi, ekonomi, kerajaan, koronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.