Harga perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara dijangka meningkat antara RM3 hingga RM10 susulan pengusaha kedai gunting dan dandan rambut terpaksa menampung kos operasi sebaik sahaja ia mula beroperasi pada 10 Jun ini.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), T.N Winda Mohd Tahir berkata, ia berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diumum oleh kerajaan, hari ini.
Jelas beliau, peningkatan kos tersebut perlu bagi keselamatan pelanggan, selain memastikan kelangsungan industri tersebut yang sudah dilarang beroperasi hampir tiga bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.
Harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara.
"Jadi secara am saya respon begini, kami di peringkat persatuan gunting rambut dan salon sudah ada berbincang (kenaikan harga) dalam kalangan pengusaha-pengusaha kedai mengambil kira SOP.
"Saya bagi contoh, kalau ada kedai di dalam mall yang kedainya besar juga perlu mengikut SOP sama, begitu juga kedai-kedai di pelusuk kampung.
"Jadi, saya menjangkakan kami terpaksa menaikkan sedikit harga gunting rambut mengambil kira kos yang terpaksa kami tanggung, dengan anggaran kenaikan kos antara RM3 hingga RM10," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini dianggarkan harga perkhidmatan gunting rambut adalah sekitar RM10 hingga RM15 bagi kedai-kedai di luar bandar, sementara RM20 hingga RM25 bagi kedai di bandar.
"Jadi, apabila SOP dan juga syarat ketat yang kerajaan umum tadi, dia melibatkan kedai di kampung dan premis di bandar.
"Jadi, saya mengandaikan kenaikan itu antara RM3 hingga RM10 dalam keadaan kami terpaksa, yang paling penting adalah untuk SOP itu untuk keselamatan pelanggan dan juga semua pihak.
"Jadi, industri dapat beroperasi dengan baik dan masyarakat dapat khidmat keperluan untuk menggunting rambut," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan perkhidmatan gunting, dandan rambut serta salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini dengan SOP yang ketat.
BACA: PKPB: Operasi kedai gunting, dandan rambut, salun kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara SOP tersebut adalah pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.
SOP itu turut menetapkan agar pekerja memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan.
Ismail Sabri menambah pengusaha juga perlu memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 06 2020
Harga baharu itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat oleh persatuan dan pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara. - Gambar fail
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.