Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKPB: Lebih ramai akan dibenarkan solat jemaah di masjid - Ismail Sabri

PKPB: Lebih ramai akan dibenarkan solat jemaah di masjid - Ismail Sabri
Kebenaran untuk menaikkan had bilangan jemaah mengikut keluasan sesebuah masjid sedang menunggu perkenan Agong. Gambar fail
PUTRAJAYA : Kerajaan pada dasarnya bersetuju membenarkan lebih ramai jemaah menunaikan solat di masjid, bergantung kepada keluasan rumah ibadat itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, prosedur operasi standard (SOP) mengenai kelonggaran itu untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dibentangkan pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia perlu diperkenankan oleh Yang Di-pertuan Agong terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat Menteri Hal Ehwal Agama.

"Kalau dulu dihadkan kepada 30 orang, tadi kita setuju pada dasarnya, (had dinaikkan) berdasarkan keluasan masjid... asalkan ada penjarakan sosial dalam masjid maka tiada halangan kita buka kepada orang ramai.
"Sebagai contoh, masjid itu besar seperti di Putrajaya... kalau dikira penjarakan sosial satu meter, mungkin sampai 200 ke 300 orang. Maka 200 ke 300 jemaah dibenarkan.

"(Tapi) kita sebut pada dasarnya, sebab setiap perkara berkaitan agama mesti dapat kelulusan Raja-Raja di negeri dan Yang di-Pertuan Agong jika ia melibatkan negeri tidak beraja dan SOP tadi untuk Wilayah Persekutuan.
"Kita bincang tadi dan itu dipersetujui... tetapi kita tak boleh luluskan sebelum Agong luluskan (perkenan). Tentang SOP kalau diluluskan nanti mungkin akan diumumkan Menteri Agama . Jadi kita tunggu," ujarnya.

 


Tag: ismail sabri yaakob, Yang di-Pertuan Agong, SOP, Kuala Lumpur, Media, Putrajaya, kerajaan, keselamatan, menteri, operasi, penjarakan sosial



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.