awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Sektor minyak dan gas bakal beroperasi, ini SOP perlu diikuti

Najib Aroff
Najib Aroff
01/05/2020
08:20 MYT
PKPB: Sektor minyak dan gas bakal beroperasi, ini SOP perlu diikuti
Bagi sektor minyak dan gas, tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, dan operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
Majlis Keselamatan Negara menetapkan syarat khusus bagi operasi sektor minyak dan gas selepas kebenaran operasi sebahagian besar aktiviti ekonomi diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi sektor minyak dan gas, tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, dan operasi di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
Berikut merupakan kebenaran aktiviti seperti berikut:
1. Penerokaan 2. Pembangunan 3. Pengeluaran 4. Pemprosesan Gas 5. Pencairan 6. Penapisan Minyak 7. Petrokimia
Waktu Operasi dan Waktu Kehadiran Pelanggan:
24 jam
Kapasiti Pekerja:
100%
Berikut merupakan tindakan serta langkah yang perlu dilakukan majikan sektor minyak dan gas:
1. Protokol Pasca-PKP
- Protokol harus meliputi langkah penting yang perlu dipatuhi oleh pekerja, kontraktor dan pelawat mengikut standard yang ditetapkan oleh KKM.
2. Saringan Kesihatan
- Perlu sediakan alat saringan suhu badan atau pengimbas termal
- Saringan perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk kilang/premis
- Pekerja yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°c tidak dibenarkan memasuki premis.
3. Pencegahan jangkitan
- Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah wajib bagi pekerja, kontraktor dan pelawat kecuali :
  • Semasa menggunakan PPE tertentu
  • Semasa bekerja di kawasan luar jika penggunaan PPE tidak bersesuaian
- Pemakaian penutup mulut dan hidung bagi pelanggan adalah digalakkan
4. Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
- Pastikan jarak 1 meter antara individu
- Digalakkan bermesyuarat secara maya (virtual)/ Hadkan jumlah individi dalam mesyuarat fizikal, pendekkan waktu mesyuarat.
- Sediakan tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi (di ruang makan, pintu masuk premis, lif, surau dan lain-lain.
5. Etika di kawasan umum dalam premis
- Jarak 1 meter antara individu dan pakai topeng pentutup mulut dan hidung
- Waktu kedatangan pekerja harus secara berperingkat bagi elak kesesakan.
- Waktu rehat juga perlu berperingkat.
6. Penginapan pekerja (jika disedikan majikan)
- Penjarakan sosial perlu dilakukan di surau, ruang makan dan yang berkenaan.
- Proses pembasmian perlu dilakukan setiap hari mengikut masa yang ditetapkan majikan
7. Jawatankuasa Menangani COVID-19
- Wujudkan Jawatankuasa Tindak Balas Menangani COVID-19 bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara mengurus kes-kes jangkitan COVID-19.
- Tanggung sepenuhnya kos saringan dan perubatan pekerja yang didapati positid serta kos saringan kontak rapat di premis sama.
- Kos pembasmian dan nyah kuman di premis perlu ditanggung oleh syarikat.
8. Pembasmi dan Nyah Kuman Premis
- Proses senitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya di kawasan umum seperti di lobi, lif, pantry, bilik mesyuarat, surau, tandas dan tempat pembuangan sampah/tong sampah
- Syarikat hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk semua kawasan umum.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#keselamatan
#KKM
#koronavirus
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#sektor minyak dan gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan