Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyenaraikan beberapa buah masjid terpilih bagi melaksanakan solat Jumaat di negeri itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelaksanaan itu dibuat secara berperingkat iaitu bermula 15 Mei bagi peringkat pertama.

Berikut merupakan senarai masjid yang dibenarkan bermula hari ini:

Masjid Negeri Selangor
Masjid Diraja Negeri Selangor
Masjid Daerah Negeri Selangor
Sementara itu, bagi masjid pengurusan (naik taraf) negeri Selangor, kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat di masjid berkenaan akan bermula pada minggu depan (22 Mei).

.

.

.

Dalam pada itu, JAIS memaklumkan, bagi lain-lain masjid dan surau, kebenaran solat Jumaat yang tidak dinyatakan perlu kekal melaksanakan solat Zohor pada hari Jumaat seperti yang telah ditetapkan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 juga perlu dilaksanakan.

Antaranya, bilangan jemaah yang tidak melebihi 12 orang termasuk imam, bilal dan siak, membuat saringan suhu, memakai topeng muka selain membuat penjarakan sosial dua meter di antara jemaah ketika solat.