awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit

Bernama
Bernama
19/05/2020
05:58 MYT
PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit
Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula Rabu. Gambar fail/ Bernama
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Rabu hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.
Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19.
"Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula Rabu.
Hamdan juga berkata kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Dewan Undangan Negeri
#kesihatan
#koronavirus
#operasi
#Perlis
#persidangan DUN
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan