awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Terima kasih kerana letak papan tanda 'kami tidak terima tetamu' - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/05/2020
08:03 MYT
PKPB: Terima kasih kerana letak papan tanda 'kami tidak terima tetamu' - Ismail Sabri
Umat Islam turut membiasakan diri dengan normal baharu apabila tiada solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara serta budaya ziarah-menziarahi. - Gambar Instagram Rosyam Nor
Kerajaan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mematuhi garis panduan ketika meraikan sambutan Syawal pertama, semalam.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandemik COVID-19 telah mengubah beberapa perkara termasuk cara umat Islam meraikan lebaran.
Selain itu, umat Islam turut membiasakan diri dengan normal baharu apabila tiada solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara serta budaya ziarah-menziarahi.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ramai yang patuh kepada arahan tersebut sehingga saya difahamkan ada yang meletakkan pelekat di rumah, ‘kami tidak menerima tetamu’ dan sebagainya, dan ini berlaku di seluruh negara.
“Walaupun kita tidak dibenarkan bersembahyang berjemaah di masjid dan surau, tidak boleh menerima tetamu dan sebagainya, tetapi ianya tidak bermakna Aidilfitri yang disambut dengan normal-normal baharu ini tidak diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.
“Yang pastinya kali ini kita dapat berhari raya sepenuhnya dengan keluarga terdekat, anak-anak, cucu kita dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Justeru, Ismail Sabri berharap pematuhan itu akan memberi impak positif, dan sekali gus memastikan negara menang dalam mendepani COVID-19.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Islam
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan