awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lindung perniagaan haram: SPRM reman enam lagi anggota, pegawai polis
Sekatan akses Grok langkah tepat, pihak berkuasa lebih 'bertaring' - Pakar undang-undang
Pemutihan sekolah agama swasta dipergiat, pastikan aspek keselamatan - MAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Menara City One dilaksana dalam keadaan terkawal

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
31/03/2020
05:21 MYT
PKPD di Menara City One dilaksana dalam keadaan terkawal
PKPD itu bagaimanapun membenarkan pembelian barangan keperluan secara dalam talian atau khidmat penghantaran makanan namun diletakkan di tempat pada jarak lebih satu meter dari penerima. - Foto Astro AWANI
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di keseluruhan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di sini, yang bermula tengah malam tadi dilkasanakan dalam keadaan terkawal.
Tinjauan Astro AWANI di kawasan sekitar mendapati semua pintu keluar dan masuk dikawal pasukan keselamatan bagi memastikan perintah berkenaan dipatuhi semua pihak.
Antara pasukan keselamatan yang membuat kawalan di kawasan ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
PKPD itu bagaimanapun membenarkan pembelian barangan keperluan secara dalam talian atau khidmat penghantaran makanan namun diletakkan di tempat pada jarak lebih satu meter dari penerima.
Hasil pemerhatian juga mendapati, setiap dua jam pihak berkuasa akan mengingatkan semua penghuni di kondominium ini untuk kekal berada di rumah dengan menggunakan alat pembesar suara.
Bermula tengah malam tadi, kerajaan mengambil keputusan melaksanakan PKPD sehingga 13 April ini di situ selepas mendapati sebanyak 17 kes positif jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku di menara berkenaan.
Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira nasihat daripada Menteri Kesihatan bagi memutuskan rantaian jangkitan kepada penghuni lain yang tinggal di kawasan perumahan terbabit.
Untuk rekod, tindakan PKPD itu melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Astro
#Astro Awani
#coronavirus
#COVID-19
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan