Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKPP: 617 lagi individu tiba di tanah air diarah jalani kuarantin di rumah

PKPP: 617 lagi individu tiba di tanah air diarah jalani kuarantin di rumah
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah tersebut seramai 456 rakyat Malaysia pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seramai 617 individu yang memasuki tanah air telah diarahkan menjalani proses kuarantin wajib di rumah, setakat Isnin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah tersebut seramai 456 rakyat Malaysia pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.

Jelas beliau, kesemua mereka tiba dari Indonesia, Singapura, Mesir, Qatar serta Belanda.

"Seramai 161 individu pula telah memasuki sempadan negara di Johor dan kesemua mereka telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine," katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini membuat saringan ke atas 7,383 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Daripada jumlah tersebut, Ismail Sabri berkata seramai 7,347 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing, manakala 36 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Dalam perkembangan sama, beliau menambah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat  sebanyak 1,006 pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah.

Kata beliau, kesemua individu yang terlibat didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.


Tag: PDRM, SOP, Kuala Lumpur, Hospital, KKM, KLIA2, KLIA, Polis Diraja Malaysia, COVID-19, PKP, PKPP



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.