NATIONAL
PKPP: Ini lima fokus anda perlu tahu dalam kenyataan media Ismail Sabri

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu dalam kenyataan media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa. - Gambar fail
Kerajaan menetapkan pembukaan Hotline National Task Force (NTC) kepada orang awam untuk melaporkan kegiatan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Ini lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan media harian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
1). Hotline National Task Force (NTC) dibuka kepada orang awam untuk melaporkan kegiatan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
2). Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan kumulatif terhadap 80 individu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin wajib dirumah yang ditetapkan.
3). 104 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan PDRM.
4). Selain pelajar luar negara dari keluarga B-40, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) turut dikecualikan dari membayar kos kuarantin wajib.
5) Lima individu ditahan atas kesalahan Imigresen dalam Operasi Benteng.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami