Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKPP: Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

PKPP: Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, seramai 19,111 PATI yang disahkan negatif COVID-19 sudah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat 7 Julai lalu. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Sempadan negara terus diperketatkan bagi memastikan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak membolosi negara ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 19,111 PATI yang disahkan negatif COVID-19 sudah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat 7 Julai lalu.

Berikut tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada Sabtu: 

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dan mengeluarkan kompaun kepada 36 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) termasuk 18 individu yang terlibat dalam aktiviti sukan sentuh.
2. Sebanyak 68 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara telah diadakan, dengan 32,106 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI.

3. 2,507 buah masjid yang melibatkan 287,296 jemaah dipantau dan kesemua mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
4. Kerajaan menghantar pulang seramai 19,111 PATI membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar setakat 7 Julai.

5. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran.


Tag: SOP, PDRM, Bangladesh, PKPP, Polis Diraja Malaysia, PATI, Ismail Sabri Yaakob, COVID-19, Operasi Benteng



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.