awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: MAATFA jangka taman tema terima ramai pengunjung

Bernama
Bernama
16/06/2020
21:55 MYT
PKPP: MAATFA jangka taman tema terima ramai pengunjung
Pelancong mencuba 'AdventurePlay' di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, 16 Jun 2020. Ia taman tema pertama di Malaysia yang dibuka semula sejak PKP. Bagaimanapun, permainan air masih tidak dibenarkan. --fotoBERNAMA
Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAATFA) menjangka taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula setelah terdapat permintaan tinggi daripada orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.
Presiden MAATFA Tan Sri Richard Koh berkata pembukaan semula Taman Tema Disneyland Shanghai sebagai contoh, berjaya menarik sehingga 5,000 pengunjung setiap hari, serta pembukaan taman tema berkenaan di Hong Kong pada 18 Jun ini.
"Tarikan lain, seperti Bukit Bendera, juga telah berjaya menarik ramai pengunjung sejak dibuka semula, sangat menggembirakan untuk melihatnya (taman tema juga berjaya)," katanya pada sidang media di Escape Penang Theme Park di Teluk Bahang di sini pada Selasa.
Beliau berkata rakyat Malaysia pastinya ingin keluar dan menikmati alam sekitar, terutama setelah tinggal di rumah selama berbulan-bulan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak COVID-19.
BACA: COVID-19: Johor akan kaji keperluan turunkan kadar cukai hiburan taman tema
BACA: PKPP: Kebanyakan aktiviti sukan, rekreasi tidak babit perhimpunan dibenarkan
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan membenarkan pembukaan semula semua taman tema dan tarikan di seluruh negara tidak lama lagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.
Terdahulu, Koh, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Escape Penang, Sim Choo Kheng mengunjungi taman tema berkenaan di Teluk Bahang yang dibuka semula pada Selasa.
Sim menekankan bahawa hanya tarikan bertema alam di taman itu, "AdventurePlay" yang dibuka manakala "Waterplay", tarikan berasaskan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia, masih ditutup untuk umum.
Beliau berkata pembukaan semula taman tema itu dengan syarat mematuhi SOP, termasuk memberi sarung tangan kepada pengunjung, melakukan penjarakan sosial dan menyah kuman semua kemudahan taman tema.
"Kita juga mengehadkan jumlah pengunjung kepada hanya 1,000 sehari (berbanding kira-kira 3,000 setiap hari sebelum PKP," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#ditutup
#kerajaan Persekutuan
#MAAFTA
#nyah kuman
#penjarakan sosial
#permintaan tinggi
#PKP
#PKPP
#rakyat Malaysia
#Richard Koh
#Sarung tangan
#SOP
#Taman Tema
#Teluk Bahang
#theme park
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan