awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Plaza Low Yat kecoh, tujuh lelaki mengamuk

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2015
00:46 MYT
Plaza Low Yat kecoh, tujuh lelaki mengamuk
Beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. - Foto skrin paparan YouTube
Sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat di sini semalam selepas seorang rakan mereka mendakwa ditipu penjual telefon bimbit di situ.
Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Selain itu, mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.
Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada.
Tindakan mereka itu juga mendapat perhatian orang ramai dan video aksi mereka telah dimuat naik ke laman sosial dan pantas tersebar.
Gaduh
Gaduh
Paparan skrin layar video YouTube yang menunjukkan pergaduhan yang berlaku sekitar jam 7.50 petang di kompleks tersebut semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu pihak polis telah berjaya menahan salah seorang daripada tujuh lelaki terbabit.
Pada masa sama juga, pihaknya akan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menyiasat dakwaan suspek yang kononnya ditipu peniaga.
"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga.
"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan oleh pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.
Pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kerugian dianggarkan lebih RM70,000.
Topic Berkaitan
#jenayah
#pergaduhan
#Plaza Low Yat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan