Tutup

PLUS berbincang dengan kerajaan muktamadkan mekanisme pengurangan tol

PLUS berbincang dengan kerajaan muktamadkan mekanisme pengurangan tol
Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058 dengan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Februari, 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang berbincang dengan kerajaan untuk memuktamadkan skop dan mekanisme pengurangan kadar tol seperti yang diputuskan Kabinet minggu lepas, memandangkan tarikh pelaksanaannya pada 1 Feb.

"Ini adalah bagi mengesahkan status perjanjian konsesi yang sedia ada serta mengambil kira kepentingan pemegang sukuk kami," kata Pengerusi PLUS Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pemegang konsesi lebuh raya terbesar negara itu berkata ia menerima keputusan kerajaan untuk mengekalkan syarikat tersebut di bawah pemegang saham sedia ada iaitu Khazanah Nasional Bhd/ UEM Group Bhd (51 peratus pegangan) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (49 peratus).

"PLUS terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya terbaik serta perjalanan yang selamat dan selesa dengan memanfaatkan inovasi untuk rakyat," kata syarikat itu.
Pada 15 Januari lalu, Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058 dengan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Februari, 2020.

Kadar tol itu akan terus dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi.

-- BERNAMA


Tag: plus, lebuh raya plus, plus malaysia bhd, kerajaan, kadar tol, pengerusi plus, mohamad nasir ab latif



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.